Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sharifah Aini Dirawat Di ICU Kerana Jangkitan Paru-Paru

sa

KUALA LUMPUR: Penyanyi wanita tersohor Malaysia Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini kerana jangkitan paru-paru.

Menurut satu kenyataan pada Selasa, Sharifah Aini yang genap 61 tahun esok, disahkan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lepas.

Konsultan Pakar Respiratori Datuk Dr Zainuddin Md Zain, yang merawat beliau, berkata situasi itu jarang berlaku dan menyebabkan paru-paru hilang kekenyalan atau berparut akibat penebalan tisu perantara.

“Penyanyi itu dibawa ke hospital oleh anak lelakinya, Aliff Omar Ali pagi semalam apabila beliau menghadapi kesukaran bernafas,” menurut kenyatan itu.

Terkenal dengan lagu ‘Seri Dewi Malam’, Sharifah Aini dilaporkan stabil namun dinasihat tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga.

Komen


Berita Berkaitan