Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Shafie tidak mempunyai arah tuju- Bahrin

1:08pm 06/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 953 views Politik,Tempatan
Bahrin (kiri) ketika diwawancara sempena perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Kinabalu disini hari ini.

Bahrin (tengah) ketika diwawancara sempena perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Kinabalu disini hari ini.

KOTA KINABALU- Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak konsisten dengan pendirian politiknya selepas mengumumkan keluar dari Umno, kata Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Kinabalu, Mohd Bahrin Abd Karim.

Bahrin turut menyifatkan shafie seperti nakhoda kapal yang kehilangan kompas kerana tidak tahu kemana haluan hendak ditujui.

“Dia (Shafie) menjaja slogan Sabah untuk orang Sabah tapi belum lagi memilih parti mana untum dijadikan landasan.

“Jika benar dia mahu membela Sabah, bagaimana mungkin ia dapat melakukannya sekarang sedangkan ketika dalam Kabinet dahulu dengan memegang portfolio penting penting di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), dia tidak pun meletakkan Sabah sebagai keutamaannya untuk dibela.

“Masih ramai penduduk di luar bandar tidak menikmati kemudahan yang sepatutnya disalurkan oleh KKLW seperti bekalan elektrik, air dan perumahan luar bandar,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Kinabalu disini hari ini.

Sehubungan itu, Bahrin turut mengingatkan rakyat negeri ini supaya berwaspada dengan taktik politik Shafie yang mungkin akan cuba menarik perhatian rakyat melalui pelbagai cara.

“Matlamat utama Shafie adalah untuk survival politiknya sahaja, justeru rakyat khususnya ahli Umno di peringkat akar umbi jangan mudah terpedaya dan terikut-ikut dangan rentak politiknya,”katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menyatakan bahawa Shafie bukanlah antara pemimpin yang bertanggungjawab membawa Umno ke negeri inj seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak.

“Dalam rekod, nama beliau tidak pun tersenarai sebagai ketua penjaja di mana-mana bahagian,”katanya.

“Ini menunjukkan sikap ego beliau yang melihat kita di Sabah ini mungkin rendah statusnya berbanding dia sebagai Naib Presiden ketika itu,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan