Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Shafie Tidak Kisah Hilang Jawatan Bila Tegur Najib

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak bimbang hilang jawatan dalam kabinet apabila menasihatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyiasat isu berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohd Shafie yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah kerajaan pimpinan Najib berkata beliau sedar tindakan akan diambil terhadapnya apabila membangkitkan isu 1MDB namun untuk negara beliau lakukan apa yang perlu.

“Saya telah memberi nasihat saya. Saya telah maklumkan perdana menteri terdahulu (Najib) apa yang perlu dilakukan. Tetapi sudah tentu dia sebagai perdana menteri, terpulang kepadanya untuk buat keputusan. Saya nasihatkan dia (Najib) supaya siasat dan ambil tindakan,” katanya.

Mohd Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat berkenaan Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pesuhajaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memujinya (Mohd Shafie) sebagai antara menteri yang mempercayainya ketika menyiasat isu mengenai kes 1MDB.

Katanya dia berani menasihatkan Najib dan sanggup menanggung risiko termasuk hilang jawatan kabinet dan politik berhubung 1MDB berkenaan demi negara dan sayangnya kepada Malaysia dan rakyat negara ini.

“Saya tak kisah korbankan jawatan apabila perlu sama ada jawatan menterikah atau naib presiden (UMNO). Itu (jawatan) bukan tumpuan (saya). Selaku pimpinan, kalau perjalanan sesuatu (pentadbiran) itu perlu kita nasihat kita nasihat kalau perlu kita tegur kita tegur,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan