Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Shafie terajui Parti Warisan Sabah

Datuk Shafie Afdal
Datuk Shafie Afdal

PUTRAJAYA: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini mengumumkan nama parti baharu yang akan diterajuinya iaitu Parti Warisan Sabah (PWS).

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, parti dengan nama singkatan Warisan itu menggantikan Parti Pembangunan Warisan Sabah (PPWS), yang ditubuhkan pada 2013.

Katanya, Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi kelulusan bagi nama dan logo baharu, serta sedikit pindaan kepada perlembagaan parti pada 13 Ogos lalu.

“Warisan akan menggunakan logo kapal layar sebagai simbol harapan untuk rakyat Sabah,” katanya kepada media selepas bertemu dengan pihak ROS, di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata, selain beliau sebagai Presiden parti, Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking akan bertindak sebagai Timbalan Presiden.

Katanya, tiga Naib Presiden Warisan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong; ADUN Likas, Junz Wong dan Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia, Peter Anthony.

Ditanya mengenai sama ada parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, Mohd Shafie berkata, beliau akan melihat mengenainya, namun apa yang penting kepadanya adalah untuk menukar kerajaan Sabah.

“Kita akan mengenal pasti calon untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, tidak lama lagi,” katanya. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan