Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Shafie sedia bantu SAFA

MOHD Shafie Apdal – Foto KHAIRULL AZRY BIDIN

 

KINABALU: Kerajaan negeri sedia membantu Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) membangunkan sukan bola sepak di negeri ini namun menegaskan ia bukan sepenuhnya berlandaskan kewangan. Sebaliknya persatuan itu perlu berusaha sendiri bagi mengukuhkan kedudukan kewangan mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, apa yang penting SAFA perlu diurus tadbir dengan baik oleh mereka yang berkebolehan dan perlu ada pendekatan baharu bagi memajukan bola sepak negeri ini.

“Bukan sekadar kalau ada duit baru boleh berjaya. Kita harus menggunakan sebaik mungkin sumber yang ada. Kita mempunyai latihan dan prasarana, kenapa kita tidak boleh berjaya walaupun tiada duit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis penyerahan bendera negeri kepada kontinjen Sabah yang akan bersaing di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak, bermula 12 hingga 22 September ini.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai peletakan jawatan adiknya, Hamid Apdal sebagai Timbalan Presiden SAFA, Mohd Shafie berkata, beliau hanya menasihatkan adiknya supaya memberi laluan kepada individu lebih berkebolehan untuk menerajui kepemimpinan SAFA.

“Saya pun tidak tahu (peletakan jawatan Hamid), saya cuma nasihatkan adik saya saja, bukan saya mahu sekat apa yang dia minat, tetapi ada lagi individu lain berkebolehan,” katanya. –¬†Oleh Ryan Stanley/BH Online

Komen


Berita Berkaitan