Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Shafie mampu pacu Sabah ke tahap lebih tinggi – TPM

DR Wan Azizah bersama Mohd Shafie ketika kunjungan hormat di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu. – Foto Edmund Samunting

 

KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai pemimpin terbaik untuk memacu negeri ini ke tahap lebih tinggi.

Bercakap kepada media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Mohd Shafie di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini petang tadi, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu mampu membawa angin perubahan kepada Sabah.

“Walaupun Sabah (pentadbiran) berubah beberapa kali sejak Malaysia dibentuk, tetapi kali ini kita mempunyai Datuk Seri Shafie yang berpengalaman… saya rasa beliau lebih berkemampuan membawa Sabah ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri tidak menyentuh mengenai isu-isu berat.

“Saya memberi taklimat mengenai apa yang sedang berlaku di peringkat negeri, pembangunan bukan sahaja dari segi pentadbiran negeri tetapi isu-isu yang dihadapi,” katanya.

Mengenai soalan lain, beliau berkata, mereka juga tidak bercakap berhubung isu royalti minyak kerana perkara itu sudah disebut dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dan WARISAN.

Beliau berkata, mereka juga tidak membincangkan mengenai cadangan AirAsia untuk kembali beroperasi di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kerana ini adalah sesuatu yang perlu disusuli dengan Kementerian Pengangkutan. –¬†Oleh Kristy Inus/BH Online

Komen


Berita Berkaitan