Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Shafie hadir acara rasmi pertama sebagai KM

 

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu malam tadi, menghadiri acara rasmi pertamanya hari ini.

Beliau hadir pada program Perlumbaan Perahu Naga Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) 2018 yang berlangsung di Teluk Likas, di sini, bermula jam 9 pagi tadi.

Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri masing-masing.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Joannes Solidau.

Mohd Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri, malam tadi walaupun Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah jawatan itu Khamis lalu, menafikan meletak jawatan.

Mohd Shafie yang memimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN) memperoleh majoriti mudah apabila WARISAN-Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 29 kerusi menerima kemasukan enam ADUN daripada BN, sekali gus membolehkan mereka membentuk kerajaan. -BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan