Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Shafie diminta pertimbang terajui SAFA

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

 

KOTA KINABALU: Pengurus skuad Liga Perdana Sabah, Datuk Juil Nuatim, berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal akan mempertimbangkan tawaran untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Juil yang juga Ahli Majlis Tertinggi SAFA berkata, Mohd Shafie adalah individu paling sesuai mengetuai persatuan itu selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman meletakkan jawatan sebagai presiden susulan peralihan kuasa kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

“Seperti kita semua tahu, menggerakkan SAFA bukan tugas mudah kerana ia membabitkan banyak tanggungjawab dan salah satu daripadanya adalah mendapatkan dana. Saya akui keadaan kewangan persatuan kini kritikal.

“Adalah malang (jika masalah kewangan berterusan) kerana skuad senior kita sedang menunjukkan pencapaian baik setakat ini dan saya fikir musim ini adalah kempen terbaik kita selepas beberapa tahun.

“Begitu juga pasukan bawah 21 tahun (Piala Presiden) dan bawah 19 tahun (Piala Belia). Mereka juga menunjukkan pencapaian baik dalam saingan yang sedang berlangsung,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Juil berkata, seorang pemimpin yang berkemampuan seperti Mohd Shafie sangat diperlukan oleh SAFA ketika ini, bukan saja demi bola sepak negeri, malah untuk rakyat Sabah.

Katanya, beliau dan pegawai lain di SAFA kini berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi memastikan pengendalian pasukan negeri berjalan lancar.

“Kami sukarela berada di SAFA kerana cintakan bola sepak tetapi jika ada sesiapa yang mahu membantu, saya sedia mengundur diri. Bagaimanapun mereka mesti komited terutama dalam menjaga kebajikan pemain,” katanya.

Tugas presiden SAFA kini dipangku Naib Presiden, Datuk Yusof Kassim sehinggalah badan induk bola sepak Sabah itu mengadakan kongresnya yang dijadualkan pada 11 Ogos ini.

Antara agenda utama kongres itu nanti ialah mengisi jawatan presiden, dua timbalan presiden dan satu naib presiden. –¬†Oleh Ryan Stanley/BH Online

Komen


Berita Berkaitan