Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Shafie cerap anak bulan Ramadhan 1439H/2018M

Ahli Jawatankuasa Majlis Melihat Anak Bulan Bagi Negeri Sabah Tahun 1439H/2018M mendatangani keputusan pengesahan pencerapan anak bulan.

PUTATAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menghadiri Majlis Pelancaran Ru’yah Hilal Rasmi Ramadhan, Syawwal dan Zulhijjah Seterusnya Majlis Ruyah Hilal Ramadhan di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, di sini sebentar tadi.

Majlis berkenaan merupakan sesi mencerap anak bulan bagi menentukan permulaan bulan Ramadan 1439H/2018M.

Sesi pencerapan berkenaan bermula pukul 6.24 petang menggunakanya lima Total Station dan tiga teleskop daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Tanah dan Ukur, Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan Sabah Stargazer.

Balai Cerap Al-Biruni merupakan salah satu daripada 29 lokasi mencerap anak bulan di Malaysia.

Hadir sama ialah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din, Mufti Kerajaan Negeri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Melihat Anak Bulan Bagi Negeri Sabah Tahun 1439H/2018M, Datuk Bungsu @ Aziz JAAFAR serta ADUN Petagas, Uda Sulai. /PENERANGAN-

Shafie menggunakan salah sebuah Total Station untuk mencerap anak bulan.

Komen


Berita Berkaitan