Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Shafie atau Musa belum tiba

Anggota keselamatan termasuk polis dan tentera kelihatan berkawal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) bagi mengawal keadaan. – Foto NST

 

DATUK Seri Mohd Shafie Apdal yang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri kelmarin, dijadual memulakan tugasnya di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), pagi ini.

Seorang lagi Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah Khamis lalu bagaimanapun belum diketahui sama ada turut hadir, pagi ini.

Ketika ini Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau bersama dua ADUN parti itu, iaitu Datuk Abidin Madingkir (Paginatan) dan ADUN Kadamaian, Ewon Benedick yang tiba 9.25 pagi tadi menunggu ketibaan Mohd Shafie.

UPKO sebelum ini keluar BN dan menyatakan sokongan dan kerjasama dengan WARISAN – PH.

Turut kelihatan menunggu di PPNS ialah ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar yang meninggalkan BN dan UMNO.

Pasukan keselamatan termasuk tentera turut kelihatan berkawal di PPNS bagi mengawal keadaan berikutan kemungkinan dua Ketua Menteri tiba memulakan tugas rasmi, hari ini. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan