Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Shafie Apdal sedia bantu siasatan SPRM

8:42pm 08/10/2016 Pak Roshan 7060 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Datuk Shafie Afdal

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sedia memberi kerjasama jika diperlukan dalam siasatan kes penyelewengan membabitkan pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah.

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, dia sedia memberi apa-apa saja bantuan diperlukan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan lagi mengenai kes ini agar ia tidak dilihat sebagai mengganggu siasatan yang sedang berjalan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, kelmarin bahawa projek berkenaan disalurkan menerusi KKLW dan bukan oleh kementeriannya.

Pairin berkata, peruntukan itu disalurkan terus kepada jabatan yang diterajui oleh kedua-dua suspek terbabit selaku agensi pelaksana tanpa pengetahuan kementerian negeri.

Mohd Shafie berkata, adalah agak membingungkan apabila pihak berkuasa negeri berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengaku mereka tidak bersalah kepada umum dan mengalihkan kesalahan itu kepada KKLW ketika siasatan oleh SPRM masih berjalan.

“Dengan membuat kenyataan seperti itu kepada umum menunjukkan pihak berkuasa negeri seolah-olah tidak menghormati dan yakin terhadap proses siasatan oleh SPRM,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan