Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Shafie Apdal dipanggil lagi

PRESIDEN Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. – Foto Edmund Samunting

 

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sekali lagi dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan lain di Sabah.

Kali ini, ia dipercayai berkaitan siasatan kontrak penyelenggaraan sebuah universiti di negeri ini.

Difahamkan, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berusia 60 tahun itu hadir di pejabat SPRM Sabah pada jam 10 pagi tadi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan bekas menteri itu tidak ditahan, hanya dipanggil untuk membantu siasatan.

Setiausaha Agung Warisan, Loretto J Padua, pula berkata, Mohd Shafie dipanggil berhubung kes lama yang kini disiasat SPRM.

“Ia cuma kes kecil berhubung bil lama yang disiasat SPRM. Kami akan memberikan kenyataan media berkaitan perkara ini nanti,” katanya.

Difahamkan, ia berkaitan tandatangan Mohd Shafie bagi menyokong permohonan sebuah syarikat untuk mendapatkan kontrak yang dikatakan bernilai RM43 juta ketika beliau menjadi menteri.

Ahli Parlimen Semporna itu sebelum ini direman lapan hari berhubung siasatan penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion di Sabah yang dilaporkan berlaku dari tahun 2009 hingga 2015.

Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 termasuk RM80,000 deposit. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan