Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Shafie Apdal Bertindak Nekad Keluar UMNO

5:35pm 04/07/2016 Pak Roshan 1459 views Mutakhir,Politik

Shafie-Apdal

SEMPORNA – Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang digantung keanggotaannya dalam UMNO, bertindak keluar parti itu berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Semporna membuat pengumuman itu ketika berucap pada majlis Rakyat Bersama Anggota Parlimen Semporna yang diadakan di perkarangan kediamannya di sini.

Ditanya sama ada beliau akan menubuhkan parti baharu bagi meneruskan perjuangan politiknya, Mohd. Shafie berkata: “Saya belum lagi memikirkan tentang perkara itu.”

Pada 24 Jun lepas, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini digantung sebagai Timbalan Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, kerana melakukan pelanggaran disiplin.

Bagaimanapun Mohd. Shafie pula digantung keanggotaannya sehingga MT UMNO menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan