Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Shafie ambil alih Warisan selepas karier politiknya dimusnahkan Tun M- Annuar

Annuar ketika sidang media berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa menyifatkan tindakan Datuk Seri Shafie Apdal untuk menerajui Parti Warisan Sabah (Warisan) adalah sebagai satu survival politik selepas karier politik beliau dimusnahkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M).

Annuar menyatakan, Tun M bertindak menjanjikan untuk meletakkan Shafie dalam satu kedudukan yang lebih tinggi menyebabkan beliau tersilap memilih langkah dengan menyebelahi Tun M sehingga menyebabkan karier politik Shafie dalam Umno musnah.

“Saya tahu hati kecil dia (Shafie) masih bersama Umno dan Barisan Nasional (BN) tapi oleh kerana dia tersilap langkah dalam pendekatan yang dia ambil dalam cara kononnya nak tegur kerajaan, menyebabkan karier politik beliau dalam Umno turut menerima kesannya.”

“Tapi saya faham dia terpedaya dengan apa yang digambarkan oleh Tun M dan dia percaya Tun M boleh meletakkan dia lebih tinggi dalam politk menerusi Umno dan cuba menjatuhkan Najib sama seperti yang beliau lakukan terhadap Pak Lah tetapi strategi Tun M gagal menyebabkan dia (Shafie) dan beberapa orang lagi pemimpin Umno dibuang,”katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Annuar juga turut mempersoalkan tindakan Shafie yang hanya menyentuh soal hak Sabah dan Perjanjian Malaysia (MA63) selepas dia tidak bersama dengan Umno walhal sepanjang Shafie bersama Umno dan berada di kedudukan Ahli Majlis Tertinggi beliau tidak menyentuh soal hak Sabah.

“Saya telah lama mengenali dia malah saya lebih lama berada dalam Umno berbanding beliau, namun kenapa beliau tidak menyentuh soal hak Sabah ketika masih bersama Umno? Saya boleh imbas kembali satu persatu setiap peristiwa bersama beliau, dan beliau tidak pernah sama sekali menyentuh soal hak Sabah ketika masih bersama Umno,”katanya.

Mengulas mengenai manifesto BN dalam Pilihan Raya Ke-14 (PRU 14), beliau menyatakan BN bakal menampilkan satu manifesto yang beliau sifatkan sebagai manifesto yang dibentuk menggunakan pendekatan fikiran di luar kotak.

Menurutnya, Sabah dan Sarawak juga mendapat lebih banyak manfaat dalam manifesto yang bakal diumumkan oleh BN.

“Barisan nasional telah mengambil satu pendekatan yang pada hemat saya menggunakan pendekatan fikiran di luar kotak membentuk satu manifesto yang bukan hanya sekadar manifesto, banyak parti politik yang bila dia masuk pilihan raya dia akan masukkan yang lazimnya dia akan memikirkan boleh menarik perhatian pengundi dan itu biasanya mendorong parti parti politik mengambil pendekatan populist, tapi seperti mana yang disebut oleh Tun M, dalam satu wawancara bersama The Sunday Time Singapore beliau sendiri mengakui berkemungkinan beliau tidak dapat melaksanakan apa yang manifesto pakatan harapan janjikan dan beliau membuat pengakuan setiap apa yang dijanjikan itu realitinya memerlukan perbelanjaan,”katanya./SayangSabah

Annuar (tengah) mengambil gambar bersama barisan media selepas sidang media berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan