Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SHAFIE AKAN BINCANG TERUS DENGAN DR MAHATHIR TENTANG AGIHAN ROYALTI MINYAK 20 PERATUS

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan berbincang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pendirian Sabah mengenai royalti minyak.

“Saya akan berbincang dengan Tun Mahathir dengan secepat mungkin. Kalau bukan esok, ada lagi ruangan dimasa hadapan,” kata beliau.

Perdana Menteri akan hadir ke acara sambutan Hari Malaysia ke-55 esok di Padang Merdeka.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Gambar Fail SNT

Menurut Shafie, isu royalti minyak itu sebenarnya belum lagi selesai kerana kedua kerajaan negeri dan persekutuan sedang mencari jalan penyelesaian untuk memastikan janji 20 peratus royalti minyak dapat dilaksanakan.

Katanya lagi, terdapat beberapa perkara yang harus dibincangkan namun beliau belum bersedia untuk menyatakan perkara-perkara tersebut.

Shafie berkata demikian ketika ditemui selepas pertemuan sejam dengan Menteri Hal-Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohd Azmin Ali di kediaman rasminya di Seri Gaya hari ini.

“Kita hanya berbincang sedikit mengenai royalti minyak kerana kita sudah pun bercakap tentang hal ini di Parlimen tempoh hari. Saya cuma menyatakan dengan jelas tentang harapan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Shafie juga telah memberitahu Azmin tentang keperluan bagi Sabah diberi lebih banyak kuasa dalam melaksanakan projek di negeri ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri mempunyai keupayaan yang lebih untuk memantau sesuatu projek pembangunan di Sabah.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan