Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SFR, Platform Masyarakat Untuk Menjaga Kesihatan 

5:13pm 06/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 6 views Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Datuk Jainab mengetuai program kayuhan basikal "Sunday Family Ride"

Datuk Jainab mengetuai program kayuhan basikal “Sunday Family Ride”

Kota Kinabalu: Seramai 120 peserta termasuk agensi kerajaan swasta, badan berkanun dan orang awam menyertai kayuhan basikal program “Sunday Family Ride” (SFR) yang telah diadakan di sepanjang jalan pantai,Taman Awam Teluk Likas, hari ini.
Program ini berlansung pada setiap hari ahad minggu pertama setiap bulan dimana ia bermula pada 1 November lalu.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah,Datuk Jainab Ahmad Ayid
berkata program SFR ini adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada masyarakat untuk beriadah di samping menjaga kesihatan.
“Kita menyediakan ruang untuk orang ramai berbasikal secara selamat untuk memupuk cara hidup yang sihat dan melakukan aktiviti yang berfaedah”, kata Jainab.
Beliau berharap program ini akan menarik perhatian golongan muda dan masyarakat untuk menjaga kesihatan dan mengukuhkan institusi kekeluargaan menjadi lebih baik.
Disamping itu, pelbagai acara menarik diadakan antaranya pameran dan pertunjukan bot tempur TLDM,berkayak,cabutan tiket bertuah, pertandingan mewarna,karaoke, gerai-gerai jualan makanan dan banyak lagi.
Turut hadir dalam acara tersebut ialah Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya,Timbalan Setiausaha Tetap KPMHEP,Janet KL Chee,Ketua Pengarah Dewan Bandaraya  Kota Kinabalu,Datuk Yeo Boon Hai, Timbalan Pengarah Giat Mara Sabah,Mohd Noh Nawawi dan Ahlijawatankuasa Sekreariat Sukan dan Kebudayaan Malaysia.Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan