Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SFFCKM sasarkan 5,000 ahli berdaftar

Sebahagian ahli SFFCKM yang juga penyokong kelab bola sepak Sabah.
Sebahagian ahli SFFCKM yang juga penyokong kelab bola sepak Sabah.

KOTA KINABALU – Usaha Kelab Penyokong Bola Sepak Sabah (SFFC) dalam menyemarakkan semula semangat sokongan orang ramai dari seluruh pelusuk negeri terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Terbaru, Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahanda mengumumkan sokongan sepenuhnya terhadap kelab tersebut sekali gus bersetuju menjadi penaung SFFC Cawangan Kota Marudu (KM).

Sehubungan itu beliau menyeru masyarakat sekitar daerah berkenaan turut serta dalam gema sorakan menyokong pasukan bola sepak Sabah dalam perlawanan-perlawanan yang akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

“Dalam masa yang sama,saya melihat kelab ini mampu menyatukan semua generasi daripada pelbagai peringkat umur dan latar suku kaum berbeza untuk kekal bersatu dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang sedia utuh terjalin.

“Ia merupakan perkembangan positif yang secara tidak langsung meningkatkan semangat cintakan negeri dan taat setia kepada negara. Justeru, saya berharap pertubuhan kelab penyokong ini mendapat respon yang positif daripada peminat bola sepak di Kota Marudu selain menerapkan disipilin diri yang tinggi walau dimana pun berada demi menjaga nama baik kelab,” katanya ketika menerima kunjungan hormat Presiden SFFC, Newbaxter Tibin bersama 60 ahli SFFCKM di kediamannya di Matunggong.

Wetrom menambah, dengan penubuhan kelab cawangan itu juga akan dapat membantu pihak SFFC dibahagian induk untuk menarik orang ramai khususnya golongan belia untuk datang beramai-ramai menyaksikan setiap perlawanan bola sepak yang membabitkan pasukan Sabah di Stadium Likas.

Sementara itu, Newbaxter ketika ditemui turut menyuarakan penghargaan dan rasa terima kasih atas penerimaan dan sokongan diberikan dalam usaha membantu mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan bola sepak Sabah.

“Kita juga berusaha membuat promosi ke daerah-daerah lain khususnya di kawasan luar bandar selain memikirkan inisiatif yang boleh memberi kemudahan untuk mereka datang ke menyokong skuad Badak di Stadium Likas,” ujarnya sambil menambah SFFCKM mensasarkan sebanyak 5,000 ahli yang akan didaftarkan dalam tempoh empat tahun. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan