Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SFFC lebar sayap ke Tawau

 

Pasukan SFFC Tawau.
Pasukan SFFC Tawau.

KOTA KINABALU – Kelab Penyokong Bola Sepak Sabah (SFFC) kini melebarkan sayapnya dengan menubuhkan cawangan kelab tersebut di Tawau.

SFFC Tawau diketuai oleh Shamry M. Sani untuk menyemarakkan lagi semangat skuad Badak dalam mengharungi saingan Liga Perdana 2015.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden SFFC, Newbaxter Tibin dan Timbalannya, Arthur Edward.

SFFC merupakan sebuah kelab penyokong yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan bernaung di bawah Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. – oleh Monica Gidong / SayangSabah    

 

 

Komen


Berita Berkaitan