Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sewa bilik di Makkah cecah RM47,500

sewa bilik

Makkah: Harga purata bagi sebuah bilik yang berhampiran dengan Masjidil Haram di bandar suci ini mencecah SR50,000 (RM47,500) untuk 10 hari terakhir Ramadan.

Satu laporan yang disiarkan sebuah akhbar Makkah menyatakan, keadaan berlaku berikutan peningkatan jumlah jemaah sebanyak 25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Ia ditambah pula dengan kekurangan tempat penginapan berpunca daripada kerja pembesaran di dalam dan sekitar masjid itu.

 

Seorang penyelia perkhidmatan Haji dan Umrah, Muhammad Tariq berkata, cuti musim panas di Arab Saudi menyumbang kepada peningkatan jumlah jemaah.
Menurutnya, caj perkhidmatan untuk jemaah umrah bermula dari SR350 (RM296) pada awal Ramadan dan mencecah kira-kira SR2,000 (RM1,690) pada 10 hari terakhir bulan itu. – AFP

Komen


Berita Berkaitan