Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Setiausaha PKR Miri Maut Ditembak Di Lampu Isyarat

12:29pm 21/06/2016 Pak Roshan 969 views Jenayah,Mutakhir

pkr

SETIAUSAHA PKR Miri, Bill Kayong ditemui mati ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Baram, Miri, sebentar tadi.

13497696_10153770020036588_7628815884890918597_o-768x432 13498087_10153770017996588_3072788868107344534_o-768x432

ADUN Machang Bubuk Lee KHai Loon antara yang terawal mengesahkan kejadian ini menerusi Facebook miliknya.

‘KEADILAN baru terima berita bahawa sdr Bill Kayong, calon kerusi N71 Bekenu pada PRN Sarawak yang lalu, telah mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shipping Mall di Senadin, Miri. Maklumat lanjut dan kenyataan rasmi parti menyusul. Sila hubungi pihak PDRM di Miri untuk maklumat terperinci’ tulis beliau.

Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa turut menulis tentang kejadian tragis ini di dinding Facebook miliknya. Tulis beliau:

‘Dukacita dimaklumkan, bekas calon PKR Bekenu Sdr Bill Kayong dilaporkan telah mati akibat ditembak di Miri pada jam 9 pagi tadi. Berita ini amat memeranjatkan bagi semua pihak. Ini merupakan satu kehilangan besar kepada Pakatan Harapan. Mendiang merupakan seorang pejuang anak muda yang tergas, dedikasi dan berani dalam menegakkan keadilan. Salam takziah kepada keluarga mendiang Bill Kayong dan diharapkan keluarga mendiang tabah menghadapi dugaan ini’. 

Pengesahan daripada pihak polis masih dinantikan. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan