Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Setiap persatuan perlu aktif laksanakan aktiviti untuk ahli

2:44pm 14/05/2016 Leolerry Lajius 17 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Hamisa menyaksikan Penyampaian cek berjumlah RM5,000 Pengarah JPSM yang juga Presiden Kelab JPSM Billy Yumbod kepada Presiden Persatuan Orang Orang Pekak Sabah, Francis Yong.

Hamisa menyaksikan Penyampaian cek berjumlah RM5,000 Pengarah JPSM yang juga Presiden Kelab JPSM Billy Yumbod kepada Presiden Persatuan Orang Orang Pekak Sabah, Francis Yong.

Kota Kinabalu :Kelab atau persatuan yang dianggotai jawatankuasa yang proaktif mampu melaksanakan pelbagai program bukan sahaja untuk kepentingan ahlinya, malah membawa kebaikan kepada masyarakat.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Siringan Gubat berkata, ia dapat dibuktikan menerusi kejayaan Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah.

Menurutnya, Kelab JPSM berjaya melaksanakan pelbagai program sepanjang tahun lalu dan tahun ini. Antaranya kutipan tabung khas tragedi gempa bumi gunung kinabalu, kempen derna darah, lawatan sambil belajar di dalam negeri dan semenanjung serta pertandingan sukan.

Kelab JPSM juga sangat aktif dalam pelaksanaan aktiviti kebajikan seperti lawatan ke rumah kakitangan JPSM yang ditimpa musibah serta penajaan anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan.

Beliau berkata demikian dalam perasmian Majlis Makan Malam anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi JPSM Sabah di Kota Kinabalu. Teks ucapannya dibacakan pembantu menterinya, Datuk Hajah Hamisa Samat.

Siringan turut memuji Kelab JPSM kerana menjuarai bagi Pertandingan Sukan Antara Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah bagi tahun 2015.

“Saya berharap pelaksanaan majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan jaringan persahabatan Kelab JPSM dengan kelab-kelab lain,” ujarnya.

Majlis tersebut bertujuan mengumpul dana untuk membiayai pelbagai program kelab JPSM sepanjang tahun ini disamping membantu golongan kurang upaya di negeri ini.

Dalam majlis berkenaan, Hamisa menyaksikan penyampaian cek berjumlah 5-ribu ringgit oleh Pengarah JPSM yang juga Presiden Kelab JPSM Billy Yumbod kepada Presiden Persatuan Orang Orang Pekak Sabah, Francis Yong./SayangSabah 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan