Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Setiap kejayaan bermula dari bawah-Masidi

8:56am 20/05/2016 Leolerry Lajius 12 views Tempatan
Masidi (dua dari kiri) mengambil gambar bersama wakil dari MATTA dan Ascot Academy sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Masidi (dua dari kiri) mengambil gambar bersama wakil dari MATTA dan Ascot Academy sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: “Untuk berjaya kita perlu bermula dari bawah dan mempelajari ilmu sebaiknya sebagai bekalan apabila kita memegang jawatan sebagai pihak atasan suatu hari nanti.”

Demikian ungkapan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, ketika menyampaikan ucapan sempena majlis penandatanganan persefahaman antara Ascot Academy dan Malaysian Association of Tour and Travel Agent (MATTA), di sini, kelmarin.

“Sebelum menjadi seorang pengurus kita perlu mempersiapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan dan sebaiknya kita perlu bermula dari bawah agar kita dapat mengetahui situasi sebenar di peringkat bawahan apabila kita menjadi seorang pengurus,”katanya.

Masidi juga turut memuji inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak MATTA dan Ascot Academy dengan menjalinkan kerjasama kerana melihat kepada situasi sekarang terdapat banyak institusi yang menawarkan bidang yang sama namun apabila pelajar menamatkan pengajian kelak mereka sukar mendapatkan pekerjaan.

“Persefahaman seumpama ini adalah satu platform yang baik untuk memastikan para pelajar mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian mereka.”

“Saya dimaklumkan bahawa 80 peratus daripada pelajar yang mengikuti kursus di Ascot Academy telah mendapat pekerjaan dan ini merupakan satu gambaran yang positif dan membuktikan kecemerlangan Ascot Academy,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Ketua Pegawai Eksekutif Ascot Academy Abdul Razak Egoh (kiri) dan Pengerusi MATTA Robert Chong sempena majlis menandatangani persefahaman berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Ketua Pegawai Eksekutif Ascot Academy Abdul Razak Egoh (kiri) dan Pengerusi MATTA Robert Chong sempena majlis menandatangani persefahaman berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan