Namun, sasaran mendaki Gunung Kinabalu di Sabah merupakan pendakian penuh emosi dan simbolik bagi seorang warga Singapura, Jaidip Jhala, yang kehilangan anak perempuannya, Sonia dalam kejadian gempa bumi di Sabah pada 5 Jun tahun lalu.

Sonia merupakan salah seorang daripada kumpulan murid serta guru dari Tanjong Katong Primary School yang terkorban ketika mendaki Gunung Kinabalu selepas gempa bumi sekuat 5.9 pada skala Richter menggegarkan Sabah.

Channel News Asia melaporkan, tujuh orang murid dan dua orang guru dari sekolah tersebut serta seorang jurupandu warga Singapura maut ketika mendaki gunung itu.

Secara peribadi, pendakian saya ini adalah untuk menyudahkan dan memenuhi hasrat mereka yang tidak dapat meneruskan pendakian selepas terkorban dalam kejadian itu,”kata Jhala.

Menurutnya, seramai 20 orang terdiri daripada bekas murid sekolah itu dan ahli keluarga mangsa akan memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu minggu ini bagi memperingati mereka yang meninggal dunia semasa kejadian gempa bumi berkenaan. – Utusan Online