Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Setahun diugut penggal

10:09am 18/09/2016 Pak Roshan 4037 views Global
SEDUTAN video disiarkan Abu Sayyaf menunjukkan Ridsdel (kanan) diacu parang di leher dan di sebelahnya Hall serta seorang wanita Filipina.

SEDUTAN video disiarkan Abu Sayyaf menunjukkan Ridsdel (kanan) diacu parang di leher dan di sebelahnya Hall serta seorang wanita Filipina.

Manila: Kumpulan militan Abu Sayyaf semalam membebaskan seorang lelaki warga Norway yang diculik setahun lalu di selatan Filipina bersama dua warga Kanada yang kemudian dipenggal, kata pegawai.

Kjartan Sekkingstad dibebaskan di bandar Patikul di wilayah Sulu sebelum diberi perlindungan oleh anggota Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang membantu rundingan bagi membebaskan lelaki itu.

Penasihat rundingan damai, Jesus Dureza berkata, Sekkingstad yang diculik pada September tahun lalu bermalam di rumah pengerusi MILF, Nur Misuari di Sulu.

Dia dijangka dibawa bertemu dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada hari ini.

Menurutnya, rancangan awal untuk menerbangkan lelaki itu dari Sulu ke Manila dibatalkan semalam kerana cuaca buruk.

Tidak dapat dipastikan sama ada Sekkingstad dibebaskan selepas wang tebusan dibayar.

Duterte dalam satu sidang akhbar pada bulan lalu memberi bayangan bahawa wang tebusan dibayar kepada kumpulan militan berkenaan tetapi mereka terus menahan mangsa.

Sementara itu, tentera Filipina berkata, serangan berterusan dari pasukan keselamatan menyebabkan kumpulan militan berkenaan terpaksa membebaskan tebusan.

Dua warga Kanada yang diculik bersama Sekkingstad, John Ridsdel dan Robert Hall dipenggal pada April dan Jun lalu selepas tempoh bayaran wang tebusan tamat.

Seorang wanita Filipina bagaimanapun dibebaskan sebelum Duterte berkuasa pada 30 Jun lalu.

Sehingga kini beberapa mangsa termasuk warga Malaysia dan Indonesia masih dijadikan tebusan oleh militan Abu Sayyaf. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan