Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Set judi siber RM500,000 dirampas

rampas komputer judi

KOTA KINABALU: Sebanyak 469 set komputer judi siber bernilai hampir RM500,000 dirampas dalam 21 serbuan ke atas premis kasino haram di sekitar ibu negeri baru-baru ini.

Dalam serbuan bermula 1 hingga 11 Julai bersempena Ops Dadu itu, seramai 31 individu yang berusia 18 hingga 32 tahun ditahan kerana didapati terlibat dalam aktiviti haram berkenaan.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, antara lokasi yang diperiksa adalah sekitar bandaraya, Inanam, Menggatal, Asia City dan Luyang.

“Seramai 31 individu sama ada penjaga premis dan pelanggan telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita juga merampas beberapa barangan termasuk wang tunai RM6,090 yang dipercayai hasil daripada kegiatan judi siber terbabit,” katanya di sini kelmarin.

Kesemua bahan rampasan dan tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Komen


Berita Berkaitan