Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SESI TEMUBUAL ANTARA SPRM DAN MUSA TERGENDALA

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan berharap sesi temubual dapat diteruskan secepat mungkin bagi membantu siasatan pihak SPRM, menurut peguambela beliau.

Peguam, Ridha Abdah Subri berkata semasa keterangan Musa diambil kelmarin, pihak SPRM telah membuat pemerhatian tahap kesihatannya adalah kurang memuaskan.

Hari ini pihak Musa mengaku bahawa bekas Ketua Menteri Sabah itu telah dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi pemeriksaan oleh pakar kardiologi walaupun kelmarin menyatakan beliau dibawa ke hospital swasta di Subang Jaya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ridha berkata telah hadir ke IJN untuk mendapatkan nasihat pakar kardiologi IJN.

“Pemeriksaan perubatan telah dijalankan dan atas nasihat pakar kardiologi, Tan Sri Musa dimasukkan ke wad bagi tujuan pemeriksaan perubatan dan rawatan lanjut oleh pakar-pakar kardiologi IJN,” katanya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan