Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sesi bertafakur pada 30 Ogos

shabeery

PUTRAJAYA: Sesi bertafakur seminit bagi Istiadat Penghormatan Jenazah mangsa MH17 pada 30 Ogos ini hanya terhad kepada upacara di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) saja.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata ia tidak lagi membabitkan seluruh negara kerana secara simboliknya ia sudah dilaksanakan ketika Hari Perkabungan Negara pada 22 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, jika ada mana-mana pihak atau agensi yang ingin sama-sama bertafakur, adalah dialu-alukan,” katanya pada satu sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kekeliruan sama ada tempoh bertafakur selama seminit perlu dipatuhi rakyat secara umum ketika ketibaan jenazah mangsa nahas MH17 di tanah air.

Terdahulu, Shabery melancarkan Kod QR dan Buku Kuiz Mega Kemerdekaan memuatkan fakta lengkap mengenai sejarah negara. Buku berkenaan akan diedarkan secara meluas ke seluruh negara dan dimuat naik di laman web www.jasa.gov.my.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan Konsert Chow Kit Road 2.0 yang dijadualkan berlangsung tiga hari bermula 29 Ogos ini ditukar nama kepada ‘Memori Chow Kit Road’, untuk disesuaikan dan bagi menghormati mereka yang masih berkabung atas kehilangan orang tersayang dalam nahas MH17.

“Sebenarnya, tempoh berkabung secara rasmi berakhir 22 Ogos lalu. Walaupun rasa sedih dan simpati belum dapat dihilangkan, kita perlu meneruskan kehidupan,” katanya.

Konsert akan diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur berhampiran Kompleks Beli-Belah Sogo dengan memberi tumpuan kepada lagu genre balada, keagamaan dan patriotik bagi menanam semangat kesetiaan serta cintakan negara. Format sambutan kali ini berbeza berbanding tahun sebelumnya dan akan dipantau dengan baik.

Komen


Berita Berkaitan