Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SESB Sumbang RM49,200 Kepada 246 Mangsa Kebakaran Di Tawau

8:26pm 06/05/2016 Pak Roshan 99 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

mangsa-kebakaran

TAWAU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini menghulurkan sumbangan RM49,200 kepada mangsa-mangsa kebakaran di Tanah Merah, Batu 2 Jalan Apas dan Blok 10 Kg Titingan Darat.

Sumbangan berkenaan diserahkan Pengurus Besar (Perkhidmatan Koperat) SESB Wan Maria Othman Lee yang mewakili Pengarah Urusan SESB kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Alijus Sipil, selaku pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah.

Program Tanggungjawab Sosial Koperat (CSR) berkenaan merupakan sebahagian daripada perkongsian tanggungjawab sosial agensi itu dengan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pihak persendirian.

Dalam kebakaran pada 13 April itu, 246 keluarga warganegara dan 17 bukan warganegara tinggal sehelai sepinggang apabila 183 buah rumah kediaman mereka musnah.

Sementara itu Alijus berkata, sumbangan berkenaan akan diagihkan menerusi petugas yang dipertanggungjawabkan iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

“Wang itu akan diagihkan kepada mangsa seperti yang telah didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan,” katanya.

Mengenai penempatan mangsa kebakaran berkenaan, Alijus berkata, sebaik pemasangan bilik air dan pemasangan lampu di 100 buah khemah yang disediakan, mangsa akan dipindahkan ke khemah berkenaan.

Mengulas mengenai isu pembinaan semula rumah di kawasan kebakaran itu, Alijus memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak berbuat demikian.

“Pihak MPT menegaskan bahawa pembinaan semula rumah di kawasan kebakaran di Airport Lama juga tidak dibenarkan. Pihak MPT akan meneruskan perobohan terhadap struktur yang mula didirikan bersama agensi lain pada minggu hadapan. Notis serta peringatan kepada penduduk di kawasan ini telah berulang kali diberikan,” katanya.

Alijus juga berkata penduduk di kawasan Airport Lama berkenaan pernah ditawarkan rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Semarak.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan