Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SESB Siasat Gangguan Bekalan Elektrik Di Pantai Timur Sabah

sesb kunak

KOTA KINABALU- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengesahkan berlaku gangguan bekalan elektrik di pantai timur Sabah bermula pukul 6.08 pagi tadi akibat talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud terpelantik.

Namun menurut kenyataan SESB, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Bekalan mula dipulihkan secara berperingkat di sebahagian kawasan bermula pada jam 8.54 pagi pada hari yang sama,” kata kenyataan itu.

Antara kawasan yang terlibat ialah Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Pengguna digalakkan menghubungi talian Hotline di 15454 ataupun 088-515000 sekiranya kawasan mereka terputus bekalan elektrik.

Komen


Berita Berkaitan