Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SESB, Petronas Diminta Bekerjasama Agar Catuan Elektrik Tidak Perlu Dilaksanakan

sesbpetronas

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) diminta bekerjasama dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) supaya catuan bekalan elektrik yang dilaksanakan pada waktu beban puncak secara bergilir-gilir di beberapa tempat di pantai timur dan barat Sabah tidak perlu lagi dilakukan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berharap kedua-dua pihak terbabit dapat menyelesaikan masalah yang menyebabkan bekalan elektrik dicatu itu dalam kadar segera agar tidak berlarutan dan menyusahkan rakyat di negeri ini khususnya di kawasan terlibat.

“Saya difahamkan apa yang berlaku ini (catuan) bukan gangguan bekalan elektrik sepertimana dilaporkan akhbar, tetapi ‘pengurangan beban’ (load shedding) di stesen janakuasa bebas (IPP) milik Kimanis Power Sdn Bhd (KPSB) dan SPR Energy Sdn Bhd,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata demikian selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) dengan Sipitang Oil and Gas Development Corporation (SOGDC).

MoU yang bertujuan untuk meningkatkan operasi pelabuhan di projek Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) itu menyaksikan SPSB diwakili pengarah urusannya, Datuk Dr Fowzi Razi dengan Pengurus Besar SOGDC Abdul Kadir Abdullah.

Pada Ahad, SESB dalam satu kenyataan berkata catuan itu dilaksanakan berikutan masalah penyaluran gas ke IPP milik KPSB dan SPR Energy.

SESB berkata Petronas memaklumkannya penyaluran gas ke kedua-dua stesen janakuasa bebas itu akan dihentikan sehingga awal minggu depan.

Pada Khamis lepas, stesen janakuasa Kimanis Power mengalami masalah tekanan gas mengakibatkan bekalan elektrik tidak dapat dijana dan kira-kira 90 megaWatt tenaga elektrik hilang daripada Sistem Grid Sabah yang menjejaskan bekalan elektrik kepada 10,000 pengguna.

Komen


Berita Berkaitan