Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SESB pertingkat keselamatan pekerja

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) akan terus memberikan tumpuan kepada peningkatan pengurusan keselamatan pekerjanya di semua lapangan.

Menurut Pengarah Urusannya, Ir. Abd. Razak Sallim, pendekatan itu bagi memastikan aspek keselamatan diberikan keutamaan oleh setiap anggota kerja bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Sebanyak lima polisi keselamatan SESB yang dikuatkuasakan selama ini bagi memastikan standard keselamatan pekerjaan dan kesihatan pekerja SESB dapat dipantau dengan baik.

“Kita tidak mahu kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan dan kerosakan aset berlaku. Antara polisi tersebut ialah Polisi Alam Sekitar, Keselamatan Kebakaran, Dasar Perlindungan Diri, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Polisi Kelakuan Tidak Selamat/Keadaan Tidak Selamat.

“Sehubungan itu, SESB telah memperkukuhkan Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) untuk menguatkuasa, mendidik, memantau serta menyebar maklumat berkaitan.dengan keselamatan pekerjaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, SESB juga mempunyai anggota kerja yang berkelayakan dan berdaftar dengan Jabatan Keselamatan & Kesihataan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sabah dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dipatuhi oleh semua anggota kerja.

Ujarnya, program peningkatan kefahaman dan kesedaran seperti penganjuran kelas dan kursus Employee Safety Passport untuk anggota kerja teknikal yang lebih berisiko untuk terdedah kepada kemalangan semasa menjalankan tugas harian telah diadakan secara berterusan.

Menurut Abd. Razak, sejak penubuhan jabatan tersebut, kesedaran dikalangan anggota kerja berkenaan keselamatan dan kepentingan untuk melaporkan kemalangan yang berlaku semasa menjalankan tugas semakin tinggi.

Katanya, penggunaan peralatan keselamatan juga dititik berat bagi memastikan kerja-kerja berisiko tinggi dilaksanakan dengan selamat selain mempertingkatkan prestasi keselamatan SESB secara amnya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan