Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SESB Pasang Dua Set Janakuasa Untuk Atasi Masalah Bekalan Elektrik Di Kalabakan

sesb

TAWAU : Dua set janakuasa bergerak jenis kanopi telah dipasang di Stesen Solar Hibrid Kalabakan bagi mengatasi masalah kekurangan penjanaan elektrik di sekitar kawasan itu, kata Pengurus Besar Penjanaan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Abdul Razak Salleh.

Beliau berkata janakuasa yang mula beroperasi pada pertengahan Jun lepas itu memberi manfaat kepada 602 pengguna berdaftar di kawasan berkenaan.

“Dengan adanya pertambahan janakuasa ini maka kapasiti keseluruhan penjanaan di sini adalah 1.7 MegaWatt (MW) berbanding permintaan sebanyak 600 kiloVolt (kV),” katanya pada majlis taklimat dan lawatan tapak projek peningkatan sistem penjanaan di kawasan Kalabakan, dekat sini Selasa.

Beliau berkata sebelum adanya set janakuasa itu, pihak SESB terpaksa melaksanakan catuan bekalan kepada pengguna hampir setiap hari pada waktu beban puncak disebabkan kapasiti penjanaan sedia ada pada masa itu tidak dapat menampung permintaan.

“Selain itu dengan adanya dua set janakuasa itu masalah ketiadaan eletrik sekiranya berlaku kerosakan pada janakuasa sedia ada akan segera diatasi. Jika janakuasa sedia ada itu rosak kita akan gunakan janakuasa baharu itu untuk menampung keperluan bekalan elektrik di kampung-kampung di Kalabakan ini,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berterima kasih kepada SESB kerana berusaha memastikan bekalan elektrik di kawasan Kalabakan mencukupi.

“Dua set janakuasa baharu itu telah meminimumkan kekerapan gangguan bekalan elektrik di Kalabakan. Penambahan janakuasa itu membuktikan bahawa kerajaan bersama-sama SESB begitu prihatin untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di luar bandar,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Naib Ketua UMNO Kalabakan Ismail Ait.

Sehubungan itu, Abdul Ghapur meminta semua pengguna di kawasan Kalabakan menjalankan tanggungjawab untuk membuat pembayaran bil elektrik pada tempoh yang diberi.

“Dengan adanya kerjasama padu antara SESB dan pelanggannya maka mutu perkhidmatan elektrik akan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” kata beliau.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan