Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SESB KOMITED PULIHKAN BEKALAN ELEKTRIK

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) komited dalam usaha pemulihan segera bekalan elektrik selepas angin ribut melanda beberapa daerah di Pantai Barat Sabah malam tadi (3hb Julai 2015).

Bilik Gerakan juga turut diaktifkan di Kota Kinabalu, Tuaran dan Papar selepas banyak aduan pokok tumbang dan menimpa pepasangan milik SESB diterima daripada pengguna.

Menurut kenyataan SESB hari ini, antara daerah yang dilaporkan banyak terputus bekalan adalah sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Papar dan Beaufort.

Anggota bertugas  turut ditambah dan ditempatkan di tempat-tempat yang kritikal sekitar kawasan yang terjejas bagi mempercepatkan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik.

Keutamaan kerja-kerja pembaikan adalah di kawasan yang mempunyai risiko keselamatan kepada pengguna seperti talian elektrik putus.

Atas faktor keselamatan, kerja-kerja baikpulih tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.

Dalam pada itu, pengguna yang mengalami sebarang masalah digalakkan untuk menghubungi talian Hotline 15454 SESB sekiranya kawasan mereka terputus bekalan elektrik.- Dewiana Tinggolongon/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan