Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SESB Jangka Mampu Elak Catuan Elektrik

kpsb

KOTA KINABALU:  Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjangka mampu mengelak pelaksanaan catuan elektrik kepada pengguna setelah Stesen Janakuasa Bebas (IPP) Kimanis Power Sdn Bhd (KPSB) dan SPR Energy menukar bahan bakar serta mula menjana elektrik menggunakan diesel.

“Dengan adanya penjanaan itu, ia menambah kapasiti penjanaan di dalam Grid Sabah, maka tiada catuan elektrik dibuat kepada pengguna sejak Ahad (semalam),” kata SESB dalam satu kenyataan, Selasa.

Menurut kenyataan itu, SESB akan berusaha memastikan keadaan ini (tiada catuan) berterusan sehingga penyaluran bekalan gas kepada kedua-dua Stesen IPP di Kimanis pulih sepenuhnya.

SESB juga menyebut mereka dimaklumkan pihak berkenaan bahawa masalah penyaluran bekalan gas ke stesen janakuasa di Kimanis dijangka selesai pada 2 Julai.

Kenyataan itu menyebut SESB berjaya mengelak catuan elektrik selepas satu daripada stesen IPP di Sepanggar berkeupayaan 95MW siap diselenggara pada 22 Jun dan seterusnya memperkukuh kapasiti penjanaan dan Sistem Grid Sabah.

“Buat masa ini, hanya Pengurusan Bahagian Permintaan (DSM) dikuatkuasakan pada waktu beban puncak dan ia hanya melibatkan syarikat Pengguna Kuasa Besar ataupun LPC yang dikenal pasti di seluruh negeri Sabah,” kata SESB.

Menurut kenyatan itu, pelaksanaan DSM mampu mengurangkan impak dan keperluan SESB untuk melaksanakan catuan elektrik yang lebih meluas dan dalam tempoh yang lebih lama kepada pengguna.

Sementara itu, SESB berkata catuan elektrik adalah langkah akhir dan hanya akan dilaksana jika kapasiti sedia ada tidak lagi mampu menampung permintaan elektrik.

Komen


Berita Berkaitan