Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SESB Jalankan Kerja Senggaraan Berjadual Di Sandakan Ahad Ini

12:10pm 24/06/2016 Pak Roshan 301 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

sesb

SANDAKAN : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan kerja-kerja senggaraan berjadual ke atas satu daripada alat ubah (transformer) 132/33kV di dalam Pencawang Masuk Utama (PMU) Sandakan Ahad ini.

SESB dalam satu kenyataan hari ini berkata kerja-kerja itu dijangka akan mengambil masa selama lapan jam bermula 7 pagi dan dijangka siap pada pukul 3 petang hari yang sama.

Menurut kenyataan itu, sebagai langkah-langkah kontingensi, set janakuasa mudah alih akan dipasang di tempat-tempat strategik di daerah ini bagi meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik tempatan.

Semua Pengguna Kuasa Besar (LPC) seperti kilang besar yang beroperasi pada hari berkenaan juga telah dimaklumkan perkara itu agar mereka dapat bersiap sedia sekiranya terdapat sebarang keperluan penutupan bekalan di premis mereka, tambah kenyataan itu.

Para pengguna adalah digalakkan untuk menghubungi talian Hotline SESB di 15454 ataupun 088-515000 sekiranya kawasan mereka terputus bekalan elektrik supaya tindakan pemulihan dapat diambil dengan kadar segera.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan