Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SESB Guna Sembilan Janakuasa Bergerak Untuk Pulih Bekalan Elektrik Di Tenom

sesb

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah menggunakan sembilan janakuasa bergerak untuk memulihkan bekalan elektrik di daerah Tenom yang terputus akibat kebakaran salah satu transformer di Pencawang Masuk Utama (PMU) Tenom, semalam.

SESB dalam kenyataan Rabu berkata, bekalan elektrik bagi 80 peratus kawasan sekitar pekan Tenom telah berjaya dipulihkan dengan penggunaan janakuasa bergerak tersebut.

Menurut kenyataan itu, SESB akan menggerakkan tiga lagi set janakuasa tambahan untuk membantu meningkatkan keupayaan kapasiti penjanaan elektrik untuk daerah berkenaan.

Semalam, salah satu transformer PMU di Tenom terbakar dan mengalami kerosakan teruk sehingga mengakibatkan Tenom tidak lagi menerima bekalan elektrik melalui sistem rangkaian grid Sabah.

Ekoran kejadian itu, bekalan elektrik di Tenom kini bergantung sepenuhnya kepada set janakuasa bergerak.

Komen


Berita Berkaitan