Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Ir Mohd. Yaakob Jaafar berkata, bekalan elektrik akan dipotong Rabu ini jika tiada bayaran yang diterima pihaknya selewat-lewatnya esok seperti yang tertera di dalam notis yang telah diserahkan beberapa kali.

“SESB berharap pihak pengurusan 1Borneo akan segera membuat bayaran selewat-lewatnya pada esok seperti mana yang dituntut memandangkan perbincangan dan notis telah diserahkan beberapa kali sebelum ini.

“Tindakan untuk memotong bekalan ini adalah diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Yaakob meminta pihak pengurusan 1Borneo untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pengguna-pengguna berdaftar di bawah pengurusannya. – UTUSAN ONLINE