Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SESB alami kerugian RM5 juta

9:22am 07/06/2014 Pak Roshan 54 views Keningau,Tempatan

sesbrugi

TENOM: Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) mengalami kerugian kira-kira RM5 juta berikutan kebakaran satu set alatubah (transformer) di Pencawang Masuk Utama (PMU) di sini pada jam 5.42 pagi pada Selasa lepas.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Muhamad Nazri Pazil, berkata anggaran kerugian itu hanya berdasarkan kerosakan peralatan termasuk kabel di pada transformer berkenaan tidak termasuk kos penyelenggaraan.

Katanya, berikutan kerosakan akibat kebakaran transformer berkenaan seramai 10,464 pengguna di daerah ini mengamali gangguan bekalan elektrik.

“Walau bagaimanapun semua kerja pembaikan kerosakan PMU berkenaan dibuat tanpa henti 24 jam sejak hari kejadian oleh seramai 150 pekerja SESB dan kontrakor,” katanya kepada media selepas meninjau lokasi kejadian pada Khamis.

Beliau berkata, kerosakan pada transformer itu juga telah mengakibatkan pihak SESB tidak dapat menyalurkan bekalan seperti biasa melalui Sistem Rangkaian Grid kepada pengguna di daerah ini.

“Bagi menampung sebahagian permintaan bekalan elektrik di kawasan berkenaan pihak SESB telah pun memasang 10 set jana kuasa bergerak (mobile gensets) dengan keupayaan 4.2 MW untuk membekalkan tenaga kepada pengguna sementara menunggu kerja-kerja pembikan siap,” jelasnya.

Katanya lagi, tambahan dua (2) set jana kuasa (canopy genset) yang dibawa daripada daerah lain di negeri ini dijangka akan sampai di sini pada 6 Jun (Jumaat) hari ini dengan keupayaan menjana elektrik tambahan sebanuak 1.5MW menjadikan keupayaan keseluruhan 5.7MW.

“Namun demikian kesemua set jana kuasa yang dipasang ini masih tidak dapat menampung permintaan tenaga elektrik di seluruh daerah Tenom yang mana rekod tertinggi adalah sebanyak 7.2MW sehari,” katanya.

Sementara itu katanya, catuan bekalan elektrik secara bergilir juga akan dilaksanakan terhadap semua pengguna di daerah ini sehingga bekalan elektrik yang dijangkakan pulih sepenuhnya pada 8 Jun (Ahad) ini.

Bagaimanapun katanya, bekalan dijangka akan pulih sepenuhnya lebih awal sehari jika usaha-usaha alternatif dapat disiapkan pada Jumaat (hari ini).

Sehubungan dengan ini Nazri memohon maaf kepada pengguna di daerah ini di atas kesulitan yang dihadapi ekoran daripada kejadian ini. Hadir sama Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Infrastruktur, Stanis Buandi; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Melalap, Simon Mamat; PPM Kemabong, Sukimin Rukini; Ketua Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Tenom, Ampalang Payu; ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan