Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SESB Aktifkan Bilik Gerakan Banjir Di Beaufort, Tenom

BEAUFORT: Kenderaan pacuan empat roda memasuki pekan Beaufort yang masih ditenggelami banjir hari ini. - Foto BERNAMA
BEAUFORT: Kenderaan pacuan empat roda memasuki pekan Beaufort yang masih ditenggelami banjir hari ini. – Foto BERNAMA

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir di daerah Beaufort dan Tenom bagi memantau status bekalan elektrik di kawasan banjir.

Bilik gerakan itu, yang beroperasi 24 jam, akan terus beroperasi sehingga keadaan kembali pulih, kata kenyataan SESB.

Atas faktor keselamatan, penutupan sementara bekalan elektrik telah dibuat di 13 kampung di Beaufort semalam berikutan peningkatan paras air dan memasuki pencawang elektrik SESB.

Bagaimanapun, bekalan elektrik disalurkan semula pada hari sama setelah banjir surut kepada paras selamat.

Setakat 8 pagi tadi, bekalan elektrik ditutup bagi Kampung Paya Gambut, Kampung Padas Valley 1 dan Kampung Padas Valley 2.

SESB juga menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri sebarang pepasangan elektrik yang dikhuatiri boleh menyebabkan renjatan elektrik jika arus elektrik belum dimatikan dengan selamat.

Penduduk di kawasan yang sudah reda banjir pula dinasihatkan supaya memastikan pendawaian elektrik dalaman dan perkakasan elektrik adalah selamat sebelum menggunakannya.

Pengguna diminta segera menghubungi talian Hotline SESB di 15454 atau 088-515000 jika kawasan mereka terputus bekalan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan