Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sesat dan menyesat

DUA lelaki membaca majalah yang diterbitkan Gafatar.
DUA lelaki membaca majalah yang diterbitkan Gafatar.

Jakarta: Majlis Ulama Indonesia mengisytiharkan Gerakan Fajar Nusantara (Gafatar) sebagai sesat kerana mencampur adukan ajaran Islam, Kristian dan Yahudi.

Ketua Umum MUI, Ma’ruf Amin berkata, Gafatar diambil dan diubah suai dari ajaran Al Qiyadah Islamiyah yang sudah diisytiharkan sesat.

“Selepas penyelidikan dilakukan di beberapa daerah, MUI memutuskan ajaran Gafatar itu sesat dan menyesatkan.

“Kumpulan ini juga adalah jelmaan semula ajaran Alqiyadah Islamiyah dan menjadikan Ahmad Musadek sebagai pemimpin utamanya,” katanya.

Ketua Fatwa MUI, Hasanudin AF pula menggesa orang Islam yang terpengaruh dengan Gafatar supaya segera bertaubat.

Ujarnya, MUI akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mencegah ajaran kumpulan itu daripada tersebar meluas. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan