Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sesak nafas, mulut berbuih

Kanak-kanak diberi rawatan pernafasan akibat terhidu gas beracun dalam satu serangan bom tentera Syria di Douma. – FOTO AFP

 

Beirut: Pertubuhan bantuan perubatan dan pasukan penyelamat mendakwa sekurang-kurangnya 49 terbunuh akibat serangan senjata kimia terhadap bandar Douma yang masih dikuasai pemberontak di Ghouta.

Dalam kenyataan bersama, Persatuan Perubatan Syria Amerika dan jabatan pertahanan awam yang beroperasi di kawasan itu menyatakan 49 terbunuh.

Kerajaan Syria disokong Russia yang menafikan tenteranya melancarkan serangan kimia seperti yang tersebar sejak semalam, mendakwa pemberontak di Douma menyebarkan berita palsu.

Menurut Reuters, mayat puluhan kanak-kanak, wanita dan lelaki dengan sebahagian mulutnya berbuih ditunjukkan dalam rakaman video yang disiarkan aktivis namun ia tidak dapat disahkan.

Pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria menyatakan ia tidak dapat mengesahkan sama senjata kimia digunakan atau tidak.

Pengarah pertubuhan itu, Rami Abdulrahman berkata, 11 mati di Douma akibat sesak nafas disebabkan asap senjata konvensional digugurkan tentera Syria pemerintah.

“Keseluruhannya, 70 orang mengalami kesukaran bernafas,” katanya.

Menurut kenyataan bersama SAMS dan jabatan pertahanan awam, pihaknya menerima 500 kes penduduk mengalami kesukaran bernafas, mulut berbuih dan bau klorin.

Seorang mangsa maut sebaik tiba di hospital manakala enam lagi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Menurut jabatan pertahanan awam, 42 yang mati dalam rumah mereka menunjukkan simptom sama.

Menurut SAMS, bom klorin mengenai hospital di Douma, membunuh enam orang manakala serangan kedua menggunakan ‘bahan campuran’, termasuk gas saraf mengenai bangunan berhampiran.

Kerajaan Presiden Bashar al-Assad berjaya menguasai kembali Ghouta sejak melancarkan serangan besar-besaran dengan sokongan Russia, Februari lalu, dan kini, hanya Douma masih dikuasai pemberontak, Jaish al-Islam.

Selepas suasana aman selama beberapa hari minggu lalu, kerajaan Bashar mula mengebom kembali Douma, Jumaat lalu.

Sementara itu, Russia menafikan laporan Syria menggunakan senjata kima dalam serangan di Douma.

Menurut laporan agensi berita Interfax yang memetik Kementerian Pertahanan, Russia bersedia menghantar pakar radiasi, senjata kima dan biologi bagi mengambil contoh sebaik Douma dibebaskan daripada pemberontak.

Kerajaan Syria pula menyatakan ia akan memulakan rundingan pengunduran Jaish al-Islam dari Douma. – Reuters/HMetro

Komen


Berita Berkaitan