Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Serpihan pesawat disyaki milik MH370 ditemui

9:43am 24/01/2016 Pak Roshan 2087 views Isu Semasa,Mutakhir

mh3701

BANGKOK: Satu serpihan disyaki bangkai kapal terbang ditemui di bahagian pantai selatan Thailand, menurut seorang pegawai tempatan malam tadi.

Ia mencetuskan spekulasi bahawa serpihan itu mungkin milik penerbangan MH370, yang hilang kira-kira dua tahun lalu.

Kepingan besar logam melengkung itu terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat.

Ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan, berkata penduduk kampung melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti objek itu.

“Mereka menemui serpihan berukuran kira-kira dua meter lebar dan tiga meter panjang,” katanya.

Penemuan itu menyokong spekulasi media Thailand yang sisa itu mungkin daripada penerbangan MH370, yang hilang dengan 239 penumpang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi serpihan itu milik sebuah kapal terbang.

Patthikongpan menambah, nelayan memberitahu ia mungkin berada di laut tidak lebih setahun bersandarkan teritip yang melekat padanya. – REUTERS/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan