Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Serpihan pesawat didakwa MH370 ditemui di Mozambique

7:13pm 27/08/2016 Pak Roshan 707 views Isu Semasa,Mutakhir
SERPIHAN pesawat milik MH370 ditemui semalam. - Foto ihsan ABC News

SERPIHAN pesawat milik MH370 ditemui semalam. – Foto ihsan ABC News

KUALA LUMPUR: Pengendali pelancongan warga Afrika Selatan mendakwa menemui serpihan pesawat milik MH370 di Mozambique, lapor portal ABC Online. Serpihan pesawat itu dilaporkan ditemui di pantai Linga Linga di bahagian timur Mozambique, semalam.

Menurut portal itu, Jean Viljoen yang menemui serpihan pesawat terbabit dilaporkan sudah menyerahkannya kepada polis tempatan bagi siasatan lanjut.

Katanya, objek yang ditemui itu menyerupai bentuk segi tiga dan disifatkan agak besar dengan ketinggian kira-kira satu meter, manakala luasnya dianggar lebih satu meter.

“Ketika ini, ia adalah satu-satunya serpihan yang saya temui, namun saya akan bergerak di sekitar pantai dengan bot untuk mencari jika ada serpihan lain,” katanya seperti dilaporkan portal itu.

Pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines Berhad yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan