Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Serpihan dipercayai milik MH370 dianalisis di Tanzania

9:26am 02/07/2016 Pak Roshan 378 views Global
   GAMBAR fail menunjukkan pegawai pegawai Tanzania memeriksa serpihan yang dipercayai milik pesawat Penerbangan MH370 di Zanzibar.

GAMBAR fail menunjukkan pegawai pegawai Tanzania memeriksa serpihan yang dipercayai milik pesawat Penerbangan MH370 di Zanzibar.

Zanzibar: Serpihan pesawat yang ditemui di luar pantai pulau Tanzania ini diserahkan kepada pihak berkuasa untuk dianalisis sama ada ia sebahagian daripada pesawat Penerbangan MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Nelayan yang menemui apa yang dipercayai sebahagian daripada sayap pesawat itu bulan lalu enggan menyerahkannya sehingga mereka diberikan dua juta syiling Tanzania (RM3,600) sebagai hadiah daripada pegawai penerbangan.

“Serpihan itu akan dibawa ke Dar es Salaam Isnin ini sementara kami menunggu pakar dari Malaysia untuk melakukan siasatan bagi menentukan sama ada ia sebahagian daripada pesawat yang hilang itu,” kata Valley Chamulungi, pegawai Lembaga Penerbangan Awam Tanzania.

Penerbangan MH370 hilang pada Mac 2013 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Pesawat itu masih belum ditemui, tetapi serpihan yang disahkan atau disyaki miliknya ditemui di Lautan Hindi, termasuk di Pulau Reunion, Madagascar, Mozambique dan Afrika Selatan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan