Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Serpihan dipercayai MH370 dari Mozambique diperiksa

9:58am 24/03/2016 Pak Roshan 201 views Global

mh370

Sydney: Penyiasat kehilangan Penerbangan Malaysia MH370 mula menganalisis serpihan pesawat yang ditemui di Mozambique, kata pihak berkuasa Australia semalam.

Setakat ini cuma bahagian sayap Boeing 777 yang ditemui di pantai di pulau Reunion di Lautan Hindi sudah ditemui.

MH370 hilang pada 8 Mac 2014 dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Dua barangan yang ditemui di Mozambique itu sudah dilakukan x-ray dan dibersihkan daripada makrofauna, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) dalam satu kenyataan.

JACC berkata, pakar – termasuk dari Australia, Malaysia dan Boeing – ‘melakukan pemeriksaan, termasuk cuba mengenal pasti ciri khas konsisten dengan barangan daripada pesawat, dan jika boleh, khusus dari MH370.’

“Pihak kami akan membuat kenyataan sebaik proses pemeriksaan selesai,” katanya.

Menurutnya, Malaysia juga bekerja sama dengan pihak berkuasa Afrika Selatan untuk memeriksa satu lagi serpihan ‘disyaki kowling dari enjin.’ – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan