Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,801

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Serpihan Di Mauritius Sah Milik MH370 – Liow Tiong Lai

6:53pm 07/10/2016 Pak Roshan 156 views Isu Semasa,Mutakhir

mh370-1

PUTRAJAYA – Pakar-pakar dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menyimpulkan bahawa serpihan pesawat yang dijumpai di pulau Mauritius adalah daripada pesawat Malaysia Airlines (MH370) yang hilang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dapatan itu menandakan bahagian terkini serpihan yang telah diperiksa, dianalisisis dan disahkan adalah berasal daripada pesawat 9M-MRO, juga dikenali sebagai MH370, berikutan pengesahan serpihan di Tanzania bulan lepas.

“Bahagian itu dikenal pasti sebagai “trailing edge splice strap” yang digabungkan dalam pemasangan kelepak luar spar belakang Boeing 777.

“Ini juga selaras dengan rupa dan pembuatan serpihan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing, China pada 8 Mac, 2014.

Pesawat itu masih belum ditemui walaupun operasi mencari besar-besaran dijalankan di selatan Lautan Hindi, lokasi di mana penerbangan pesawat itu dipercayai “berakhir” selepas beralih daripada laluan asalnya.

Pada 22 Julai, Malaysia, China dan Australia berkata pencarian pesawat MH370 itu akan digantung selepas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi selesai.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, bersebelahan dengan nombor bahagian itu adalah pengecaman kepada bahagian kedua.

Katanya, pengeluar kelepak membekalkan rekod yang menunjukkan nombor pesanan kerja telah dimasukkan ke dalam nombor siri 404 kelepak luar, sepadan dengan nombor siri 404 pesawat Boeing 777, berdaftar sebagai 9M-MRO (MH370). – BERNAMA

mh370a-750x500

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan