Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Serbu balai polis

Tentera India menyusun kedudukan ketika kejadian tembakan di balai polis di Dinanagar.
Tentera India menyusun kedudukan ketika kejadian tembakan di balai polis di Dinanagar.

Dinanager, India: Polis India berjaya mematahkan serangan sekumpulan lelaki berpakaian celoreng dan bersenjata berat semalam dalam pertempuran selama 12 jam yang berakhir di sebuah balai polis di bandar kecil yang bersempadan dengan Pakistan.

Serangan di negeri Punjab yang bermula awal pagi kelmarin itu menyebabkan sekurangnya sembilan orang terbunuh.

Polis menembak mati tiga penyerang tidak dikenali yang menyerbu balai polis dengan sebuah kereta curi dan menggunakan senjata automatik pada jam 5 pagi (waktu tempatan).

Sementara itu, lima bom ditemui di landasan kereta api seolah-olah mencadangkan usaha melakukan serangan yang diselaraskan menjelang ulang tahun pertempuran dengan Pakistan di Kashmir pada 1999.

Perdana Menteri India, Narendra Modi dan menteri kanannya tidak mengeluarkan kenyataan secara terperinci mengenai kejadian itu yang dijangka meningkatkan lagi ketegangan dengan Pakistan.

Bagaimanapun, seorang menteri muda di pejabat Modi, Jitendra Singh tidak menolak kemungkinan Pakistan terbabit dengan kejadian itu.

“Sebelum ini, wujud laporan mengenai gangguan dan penyusupan Pakistan di kawasan ini,” katanya.

Menurut polis, beberapa penyerang menembak mati seorang tukang gunting dan cuba merampas sebuah bas sebelum bergegas ke balai polis berkenaan.

Seorang pemilik kedai, Amit Sharma, 43, berkata, dia terjaga selepas mendengar bunyi tembakan pada waktu subuh.

“Pada mulanya saya menyangka ada orang bermain mercun.

“Apabila melihat keluar rumah, saya melihat tiga lelaki sedang melepaskan tembakan menggunakan senjata automatik,” katanya.

Sepanjang hari, kedengaran bunyi tembakan senjata di sekitar Dinanagar dan kawasan sawah di luar bandar berkenaan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari sempadan Pakistan.

Kementerian Dalam Negeri India memberitahu, tiga anggota polis dan tiga orang awam terbunuh dalam serangan berkenaan.

Pihak berkuasa dilihat mengepung sebuah bangunan kosong selepas kumpulan bersenjata berkenaan berlindung di dalamnya.

Satu sumber berkata, kepungan itu berlarutan sehingga beberapa jam kerana pihak berkuasa mahu menangkap seorang penyerang hidup-hidup.

Kejadian itu turut menyebabkan India mempertingkatkan keselamatan di sempadan berikutan penyerang dipercayai masuk dari Pakistan dua hari lalu melalui wilayah Jammu dan Kashmir.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan