Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Serangan udara Israel sasar 4 kawasan di Gaza

10:08am 06/05/2016 Pak Roshan 3 views Global
SEORANG lelaki memeriksa kenderaan yang musnah di bengkelnya selepas dibedil serangan udara Israel.

SEORANG lelaki memeriksa kenderaan yang musnah di bengkelnya selepas dibedil serangan udara Israel.

Gaza City (Palestin): Serangan udara Israel yang menyasarkan empat kawasan di Gaza mencederakan empat orang termasuk tiga kanak-kanak, ketika keganasan semakin memuncak di sempadan, kata sumber perubatan dan keselamatan semalam.

Ia serangan terbesar dalam beberapa bulan ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan menggugat gencatan senjata antara Israel dan pemimpin Hamas yang dipersetujui sejak perang berakhir pada musim panas 2014.

Menurut tentera Israel, sasaran utama serangan itu terowong penyusupan di bawah sempadan.

“Sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas tentera Israel, pesawat tentera udara kami menyasarkan empat kawasan infrastruktur Hamas di utara Semenanjung Gaza,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

Ia tidak menyatakan sebarang kemalangan jiwa, tetapi sumber perubatan di Gaza memberitahu serangan di daerah Al-Zeitoun mencederakan empat sekeluarga terdiri daripada tiga kanak-kanak dan seorang lelaki berusia 65 tahun.

Ketika kejadian, serangan itu terkena garaj milik Hasan Hasaneen yang menegaskan kenderaan terbakar itu tidak digunakan pasukan keselamatan, sebaliknya cuma untuk kerja pembinaan semula.

Menurut tentera Israel, serangan pada tengah malam itu menyasarkan kemudahan yang dikendalikan oleh Hamas. Dua daripada serangan itu menyasarkan pangkalan sayap tentera Pergerakan Jihad Islam Palestin, menyebabkan kerosakan, tetapi tiada kematian.

Sejak dua hari lalu, tentera Israel yang menjalankan operasi di sepanjang pagar yang memagari wilayah itu dengan ketat berkali-kali disasarkan dari dalam Gaza – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan