Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Serangan peribadi tindakan tak matang – Zuraida

KETUA Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin pada sidang media selepas Taklimat Setinggan di kawasan Sepanggar di Kota Kinabalu, hari ini. – Foto Malai Rosmah Tuah

 

KOTA KINABALU: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, menyifatkan serangan peribadi terhadapnya sebagai tindakan tidak matang.

“Saya mengalu-alukan demokrasi dan pertandingan…pada saya ok, sebab ini persaingan sihat. Ya, boleh dikatakan kemungkinan belum cukup matang lagi dan tidak akan dilayan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian kepada wartawan selepas Taklimat Setinggan di kawasan Sepanggar di sini, hari ini.

Zuraida mengulas kenyataan calon Naib Ketua Wanita PKR, Datin Faezah Ariffin, dalam satu ceramah di Negeri Sembilan seperti dilaporkan sebuah portal yang mendakwa Zuraida tidak membawa banyak perubahan, sebaliknya punca pelbagai kepincangan ketika menerajui sayap parti itu.

Faezah dilaporkan turut mendakwa, Wanita PKR sekarang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata apa yang penting sekarang adalah untuk menguatkan kerajaan dan memperkukuhkan parti.

“Apa yang penting kita kuatkan kerajaan baharu dan bawa lebih banyak kejayaan dalam parti serta kerajaan,” katanya. – Oleh Suzianah Jiffar/BH Online

Komen


Berita Berkaitan