Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Serangan obor-obor Tanjung Aru

RUDY menunjukkan obor-obor atau balung yang ada di sekitar perairan Tanjung Aru. RUDY menunjukkan obor-obor atau balung yang ada di sekitar perairan Tanjung Aru.
RUDY menunjukkan obor-obor atau balung yang ada di sekitar perairan Tanjung Aru.

Kota Kinabalu: “Ambil pasir dan gosok di tempat yang terkena sengatan sambil berendam dalam air laut,” kata nelayan, Rudy Kamaruddin, 32, ketika berkongsi petua meredakan sengatan obor-obor, di sini, semalam.

Rudy berkata, peningkatan jumlah obor-obor di sekitar perairan pantai Tanjung Aru menyebabkan pengunjung terdedah dengan serangan haiwan berkenaan yang dianggap berbahaya terutama kanak-kanak.

“Saya sering memasang pukat untuk menangkap ikan di sini, dan setiap kali menarik pukat, saya terpaksa membuang puluhan obor-obor yang turut terperangkap, malah pernah terkena sengatan haiwan berkenaan.

“Apa yang saya lakukan ialah mengambil pasir dan segera menggosok di bahagian kulit yang terkena sambil berendam dalam air laut. Sebaik bisa sengatan itu pulih, saya meneruskan kerja memukat atau naik semula ke tepi pantai,” katanya ketika ditemui, semalam.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada keadaan, jika bisa obor-obor terlalu kuat, lebih baik mendapatkan rawatan perubatan di hospital. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan